Fenomena ibu tunggal yang ditinggalkan tanpa nafkah dan tiada mata
pencarian, anak yatim, warga emas terbiar, gadis terlanjur dan pembuangan bayi
telah menjadi satu norma di negara kita. Kumpulan ini menyumbang sebahagian besar
kepada kes juvana dan masalah sosial di negara ini. Perkembangan dunia sains dan
kehebatan teknologi menunjukkan proses pertumbuhan golongan ini wajar diberi
perhatian khususnya untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Daripada
fenomena ini, maka banyaklah tertubuhnya badanbadan kebajikan diseluruh dunia dan tidak ketinggalan juga di Malaysia.
Kanak-kanak terbiar akibat penceraian ibu bapa, keganasan,
penderaan, kecederaan fizikal dan mental, eksploitasi dadah, lari dari rumah serta remaja yang tidak bersekolah yang sering kali menjadi penyebab utama masalah ini.
Ketiadaan tempat kediaman atau tempat tinggal yang tidak selesa dan terlalu
sempit juga menjadi penyebab berlakunya masalah ini. Cuba kita bayangkan
jika hal ini terjadi kepada kehidupan kanak-kanak ini yang masih kecil.
Bagaimana masa depan mereka, dan juga risikonya terhadap BANGSA, NEGARA dan AGAMA. Daripada faktor-faktor inilah tertubuhnya PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH PERLINDUNGAN TERATAK NUR INSAN KL
& SELANGOR (NURI).
NURI juga tidak terkecuali daripada tanggungjawab menangani masalah
ini. Bagi tujuan murni ini, pendidikan dan bimbingan perlu diterapkan sejak awal lagi dalam diri mereka. Hal ini juga penting agar kebajikan bagi mereka yang kurang berkemampuan
mendapat perhatian yang sewajarnya. Selain itu, ia juga penting demi menjauhkan mereka daripada terjerumus dalam melakukan
aktiviti yang tidak sihat sejak usia remaja. Maka, atas dasar tanggungjawab terhadap
anak-anak yang tidak terarah akidah, terabai kasih sayang serta kurang
pembiayaan untuk mendapat pendidikan akademik dan agama secara formal maka Ahli
Jawatankuasa bersetuju untuk membuka sebuah pusat perlindungan untuk anak-anak
yang dinamakan PUSAT JAGAAN NURI (No. W 012/2009).
NURI telah didaftarkan dengan R.O.S. dan
mendapat kelulusan pada 8 September 2007 (WKL 1746-07). Walau bagaimanapun, kegiatan NURI yang bermula pada November 2007 dengan hanya lapan orang anak yatim dan anak
fakir miskin yang tidak berkemampuan dibiayai oleh NMC MANAGEMENT
CONSULTANT SDN BHD buat sementara waktu kerana belum
mempunyai dana sendiri untuk menguruskan anak-anak tersebut. Pada Mei 2008, jumlah penghuni NURI telah bertambah kepada 15 orang. Pada tahun 2009 pula, NURI telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah penghuninya menjadi 30
orang, terdiri daripada 14 orang penghuni lelaki dan 16 orang penghuni perempuan.
NMC MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD adalah Syarikat kepunyaan Pengasas dan Presiden NURI iaitu Puan Norpisah bt Hj Tahir. Syarikat ini menjalankan perniagaan
perkhidmatan perakaunan, setiausaha syarikat, cukai, perunding latihan usahawan
dan lain-lain perkhidmatan perniagaan. 5 peratus bayaran kepada NMC daripada setiap syarikat yang mendapatkan
perkhidmatan di atas akan disalurkan kepada NURI. Konsep tersebut adalah
perkara utama yang diterapkan dan dijalankan dalam NURI bagi membolehkan NURI menjalankan aktiviti sehingga
sekarang. Namun begitu, syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang masih kecil. Maka, pihak
kami masih memerlukan bantuan kewangan dan barang-barang kegunaan harian serta
peralatan bagi menjalankan aktiviti untuk anak-anak NURI dengan lebih baik
dan sempurna.
Insya Allah.
Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment